Blog

  • Home
    Home This is where you can find all the blog posts throughout the site.
  • Categories
    Categories Displays a list of categories from this blog.
  • Tags
    Tags Displays a list of tags that have been used in the blog.
  • Team Blogs
    Team Blogs Find your favorite team blogs here.
  • Login
    Login Login form

b2ap3_thumbnail_LITTLEDIVA1.jpg

Assisting abang kawasan Annas Easkey shooting anak puan Rozita Che Wan the bomb. Sangat super comels anak beliau kan. Bukan main best lagi dapat tidur dengan bunga bunga yang baru dan duduk dalam beg mummy. Rasa nak gomol-gomol je baby Che Ta ni kan.. mesti mummy kat luar sana pon geram je tengok. Hehe. Welcome to the world, little diva AAISYAH DHIA RANA . 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_withbro.jpg

Hah! ini dia. Cuba tengok gambar ini. Apabila si kecil bergambar dengan abangnya. Nampak comel je mereka bergambar. Terserlah sayang abang terhadap adiknya. so sweet.cute kan mereka...Alangkah bahagianya dorang dapat bergambar sedemikian rupa. Nampak serasikan.

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_kayangan.jpg

Hai semua. tu dia puteri kecil sedang tidur. ibarat berada di kayangan. Di buai mimpi indah yer. Kami menggunakan simple props untuk shoot gambar ini. Tema tersebut  ibarat si kecil berada di istana. Alangkah indahnya sekiranya ia menjadi kenyataan di dunia realiti

 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_rugbybaby.jpg

Hai semua.Tengok si comel tu. Sayang sangat dia dengan bola ragbi dia tu sampai tak lepas dipeluknya. Tidur bola, mimpi bola, silap-silap mandi pun dengan bola. Cuba bayangkan suatu hari nanti si comel ni menjadi pemain ragbi terkenal.. Wowww pasti dia akan mengabadikan gambar itu seperti sekarang. Kanan gambar masa kecil dengan bola dan kiri gambar dewasa dengan bola..Manis like gula-gula kan. Pasti tersengih apabila si comel ni tatap kembali gambar tu.Jom senyum lebar dengan ThePhotolicious. Pasti tersenyum lebar sampai ke telinga.

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_babyfitness.jpg

Tinggg tonggg.Welcome to baby fittness. Okay baby, standby for photoshoot. One two three action!! Hahaha pandai si kecil ni posing.Siap tertidur lagi dekat dumbell. Amboi, penat sangat ke sampai terlelap dengan dumbell tu. Sungguh comel. Dumbel di jadikn bantal? Macam lembut je dumbell tu. Berangan nak jadi ahli angkat berat ke apa si kecil ni.haha. Nampak nyenyak je dia tidur.

Continue reading
0

 b2ap3_thumbnail_IMG_9973.JPG

Hai semua, ini adalah contoh album newborn. Dalam album ni terdapat 20 page yang cantik lagi menarik. Gambar yang diberi pasti memberi kegembiraan, kerana gambar tersebut menyimpan ragam si kecil yang sangat comel. Terdapat banyak pose-pose yang berlainan. Pasti anda tidak berasa bosan walaupun sudah selalu melihatnya. 

 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_IMG_4801.JPG

 

Hai semua, hah tu dia, Comelnyer......macam nak cubit-cubit jer kan..hehehehe .Seorang ibu atau bapa mesti mengimpikan untuk memiliki bayi yang comel kan Seronoknya tengok dia tidur dalam bakul tu, sebaik kecil orangnya. Khusyuk je dia tidur, tak perlu nak fikirkan apa-apa masalah. Sejuk hati ibu bapa bila melihatnya. Hilang stress apabila melihat senyuman yang terukir di wajah si kecil ini.

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_smashingcake.jpg

Yay i'm turns 1 ! Photoshoot ini sempena sambutan ulang tahun untuk kanak-kanak berumur satu tahun. Agak mencabar juga untuk mengambil gambar si kecil ini. Lokasi pengambaran ini di Taman Tasik Ampang Hilir. Kami menggunakan simple props dan barang-barang yang bersesuaian dengan tema. Let's smash the cake my little boy . Enjoy !

 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_IMG_9972.JPG 

Nama pun kelas shooting, semua benda kena buat sendiri, dari tukar baju baby, bagi baby susu, dan tidur kan baby. Berpeluh memang berpeluh, sebab first time nak pegang baby la katakan, dengan melakukan pelbagai posing dan mengenakan props yang bersesuaian. Walau apapun, kami tetap berpuas hati sebab dapat mempelajari A to Z dengan panduan yang telah diberi oleh Kak Kay dan kami memberi komitmen yang sehabis baik.hope semua guys nampak hala tuju selepas ini

Continue reading
0

 

b2ap3_thumbnail_page_20141118-014802_1.jpg

 

Wahhh harini berpeluh-peluh haaa melayan dua baby comel Mikail dan Hani. Sebenarnya senang je nak handle baby mikail yang berusia 24hari ni, dia sangat aktif menggayakan pose-pose yang comel. Bagi Hani pula (kakak sepupu Mikail) dah berusia 6 bulan. Hani dah bersiap cantik dengan balutan kain dan pakai headband dekat kepala yang comel tu, dah tinggal nak shoot je lagi untuk dapatkan pose yang menarik, tapi Hani tak nak pula dah. Bagi pose duduk dalam bakul pun dia tak nak, duduk luar bakul pun dia tak nak...asyik nangis dan minta dukung je...tapi bila bagi tengok kartun upin dan ipin dalam ipad tu waaa terus diam. Layan ipad lagi syok bagi Hani..tapi bagi mummy Kay senang lah nak shoot kan. 

 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_resizeAshraf.jpg

Indahnya melihat pasangan bahagia Ashraff Muslim dan isteri-isterinya iaitu Dr.Dayana dan Wan sakinah. Keindahan ini lagi terserlah apabila dapat digambarkan melalui potrait indah dari team The Photolicous. Keluarga Ashraff ni lagi berseri-seri dengan kehadiran puteri sulung mereka iaitu Sarah Ashraff. Bagi team kami nak shoot untuk newborn dan sempena majlis akikah Sarah Ashraff ni pun senang je... xbanyak karenah dia. Apa-apa pun senyuman ibu, mama dan ayah Sarah terpancar lebih manis lagi bila melihat wajah anak kesayangan mereka. Semoga keluarga bahagia Ashraff Muslim bahagia selamanya.

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_pageAnitaresize.jpg

 

Potrait keluarga bahagia Anita Baharom bersama suami serta anak-anaknya ini sangat cantik. Masa shoot seronok sangat melihat gelagat baby Mika yang handsome dan comel tu. Waktu merakamkan potrait ni, baby Mika cuma berusia 15 hari je. Senang sangat nak shoot Mika ni. Mummy pun gembira je tengok. Abang mika  pun senang je team kami nak handle untuk bagi pose yang menarik di samping adik dan kakak kesayangan. Mummy and daddy turut gembira melihat telatah putera dan puteri mereka tengah shoot. Alangkah indahnya jika setiap memori dapat kita abadikan seperti potrait keluarga ini. 

 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_KFlagi.jpg
Pertemuan dengan Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kebangsaan) bersama Leuniey di Hotel Westin Kuala Lumpur.  Oleh kerana Apex terlalu sibuk akhirnya kami telah berjumpa pada 9 September yang lalu untuk pengambilan album perkahwinan mereka.  Mereka sangat berpuasa hati dengan hasil kerja Thephotolicious.  Satu berita gembira apabila Leuniey disahkan mengandung. Alhamdulillah.....

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_1240128_10201654246616082_72764576_n.jpg

Selesai sudah shooting koporat untuk Profil 2014. Gambar yang masih dalam proses editing dan akan kami upload pada masa akan datang. Tunggukan pelancaran Akademi Thephotolicious 2014. 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_birthday-celebration.jpg

 

1.9.2013 tarikh keramat buat bos kesayangan kami menyambut hari jadinya yang ke 30 tahun.  Kami telah bersepakat menyambutnya secara rahsia di ofis dengan sebuah kek baskin robbins dan ayam kepci kegemarannya.  Kak Kay suka makan peha ayam tau! hehe.. Satu pencapaian yang hebat buat seorang wanita yang gigih berusaha untuk memajukan perniagaannya sendiri. Kelihatan wajahnya yang happy dan begitu senang sekali. Happy Birthday Kak Kay! May Allah bless you and wish Thephotolicious always success..Amin.. 

P/S : Kalo hari-hari bos senyum macam ni kan best hehe :p

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_Screen Shot 2013-08-16 at 9.06.56 PM.png 

Pembikinan filem pendek adalah antara pengalaman yang tak dapat kami lupakan sepanjang bulan puasa 2013. Ia merupakan pembikinan pertama kami. Khas sempena perayaan Aidilfitri 2013 , kami turun padang bersama-sama selama sehari untuk mnghasilkan filem pendek ini bersama team videography kami. 

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_bukapuasa.jpg

Alhamdulilah , kami sekali lagi dapat berkumpul berbuka puasa. bukan senang untuk semua team berkumpul. dari management , sales , admin, designer , videographer dan photographer semua nak berkumpul. dengan komitment famili yang tinggi dan komited dengan kerja (utk yg part time photographer) agak sukar untuk kami berkumpul. Majlis ini telah di adakan di hotel grand pasific kuala lumpur, dengan kehadiran 29 orang ahli keluarga The Photolicious , moga ikatan ukhwah ini akan dapat di teruskan :)

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_3-copy.jpg

 

Something fun to work on, eventhugh tiring but seriusly fun! both picture up there were from our instagram phone photo.seriusly it hard to get a twin newborn baby in Malaysia but hey, we nailed it!

Cant wait to upload the both picture from the camera. Wehuuuuuuuu!

Continue reading
0

b2ap3_thumbnail_1.jpg

Rumah Kasih Nurul Hasanah dipilih untuk menjayakan program CSR 2013 anjuran The Photolicious. Rumah ini mula ditubuhkan pada April 2012 dan mempunyai 60 orang penghuni yang berumur antara 2 hingga 17 tahun. Selain itu, rumah ini juga merupakan salah satu tempat transit untuk anak-anak yatim, fakir miskin, saudara baru/muallaf, ibu tunggal, warga emas dan insan-insan yang teraniaya. Program ini merupakan kerjasama the photolicious dengan team photographer terkenal di Malaysia. Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk kelengkapan sekolah untuk kegunaan anak-anak yatim seperti gunting, gam, alatan tulis, palet water color, drawing book dan fail keras dan pihak the photolicious telah menyumbangkan 2 mesin basuh automatic untuk kegunaan penghuni. 

Team the photolicious telah berjaya mengumpulkan kesemua barang yang ingin disumbangkan kepada anak-anak yatim dan kami telah bertolak ke rumah kasih nurul hasanah pada 11.julai 2013 jam 4.30 petang. Kedatangan kami disambut baik dengan pengasas rumah nurul hasanah dan sebilangan kecil penghuninya. Program ini juga telah dapat memupuk sifat keinsafan dalam diri kerana dapat berkongsi kegembiraan bersama orang yang memerlukan. Di bawah ini terdapat beberapa gambar sepanjang program ini berlangsung. 

Antara photographer yang terlibat ialah The Photolicious, Zafie, Pervey, Fairuz, Izwan GI, Fariz Muzahir, Hafiz Atan, Zati Hazira, Yani, Megat, Zamzarina dan Ju.

Continue reading
0